Want your
own Fotopage?







 
ratna's FotoPage

By: ratna recipe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Thursday, 15-Feb-2007 23:29 Email | Share | Bookmark
karamel mudah

 
 
 
yang ni ada orang dok tak sabar2 nak makan..izzah ler tu.
cuba la karamel mudah ni.
resepi ni mak zuha yg ajar. dia la yang memperkenalkan resepi ni kat aku. masa tu bulan posa. kalau nak beli karamel ni masa bulan posa mmg mahal. ada yg sampai satu potong karamel dia jual RM2. baik aku buat sendiri. berpotong-potong aku boleh dpt. tp kali ni aku buat, aku masukkan dalam puding cup kecik2. senang nak kasi kat orang.

Bahan2:
7 biji telur (medium saiz)
3/4 cawan gula halus
1 tin @ 350g susu cair (saya guna susu cair ideal)
1 penutup botol essen vanila
utk gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
puding cup secukupnya

cara2:
1. susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati

2. setelah sebati masukkan essen vanila

3. masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.

4. bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.

5. masukkan satu sudu gula hangus ke dalam puding cup dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan essen vanila td ke atas gula hangus. ulang hingga habis

6. sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. maknanya masa nak mula buat karamel ni dah start panaskan air kukusan tu. kukus adunan td selama 10 minit. bila dah masak, biarkan dia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih sedap.

7. kalau tak der puding cup, guna loyang pun boleh. masukkan dahulu gula hangus tu..pastu baru masukkan adunan puding tu. bila dah siap kukus, terbalikkan ke atas pinggan. sama gak karamel yg dalam gambar saya ni. saya terbalikkan ke dalam mangkuk kecik. so, lawa jer dia punya permukaan.

menarik & simple....
nak buat gak hari nie..sbb bahan2nya amat la senang...
Fri 16-Feb-2007 00:19
Posted by:~ibu shasya~ nurlelam@digi.com.my  - [Link]
akak copy recipe ni ek ... teringin lak nak buatnya, tengok gambar tu nyum nyum Wed 21-Feb-2007 00:53
Posted by:yangmazni  - [Link]
ibu shasha: buat jgn tak buat. mmg senang nak buat.

yangmazni: mmg rasanya pun nyum nyum
Wed 21-Feb-2007 02:26
Posted by:ratnamurniwati  - [Link]


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.