Want your
own Fotopage?







 
ratna's FotoPage

By: ratna recipe

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]
Friday, 9-Mar-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
potato mayonis stick

 
 
 
 
 
 
 
 
si tukang kacau...kalau boleh dia sekali nak menguli
View all 11 photos...
hm...dpt resepi ni dari myresepi. first time buat. rasanya boleh tahan tp bagi saya resepi ni sesuai utk kanak2.



bahan2:
50g mashed potato
50g tepung
1/2sk baking powder
1sb butter
1sb mayonis
1/4sk garam


cara2:

1. masukkan kesemua bahan kemudian uli hingga sebati dan tidak melekat dalam mangkuk. adunan ni sedikit lembut.

2. canaikan adunan td mengikut ketebalan yang anda suka

3. bakar selama 20 minit pada 170 C

cam sesuai gitu utk anak4 nabia..must try nih...macih ehh..minta lalu dicilok resepinya..
Fri 9-Mar-2007 00:55
Posted by:nabialishad  - [Link]
dah jugak print resepi nie tapi tak wat2 jugak... since u dah cuba kena wat lee
Fri 9-Mar-2007 01:13
Posted by:ida  - [Link]
Add comment


Tuesday, 27-Feb-2007 03:58 Email | Share | | Bookmark
daging goreng garing

 
 
 
daging goreng garing.
resepi ni dari idea sendiri. abang sayang saya ni suka betul mkn daging goreng mcm ni. hari tu mak saya ada masak daging rusa goreng mcm ni gak..punya la sedap. tp kami sekeluarga jarang mkn daging sbb kami ni hanya mkn daging batang pinang jer. bukan apa, sedap & senang, tak yah nak rebus2 dulu kalau nak masak. mmg daging ni dah lembut.



bahan2:
200gm daging batang pinang (di pasar malam pun boleh dapat)
1 biji bawang besar yg kaler kuning tu (dihiris)
1 biji bawang merah (ditumbuk lumat)
1/2 sudu cili boh
4 biji cili api
garam secukup rasa

cara2:
1. daging batang pinang dihiris nipis2. kemudian daging tu digoreng hingga garing hingga kaler berubah menjadi gelap. tp jgn sampai hangus. maknanya goreng hingga garing jer. bila dah garing ketepikan.

2. tumis bawang merah yg telah ditumbuk lumat.

3. bila bawang merah dah layu masukkan cili boh. tumis dlm 2-3 minit.

4. masukkan cili padi dan garam.

5. masukkan daging yg telah digoreng garing tadi.

6. terus masukkan bawang besar yg telah dihiris.

7. dah siap

Care to comment?


Tuesday, 27-Feb-2007 00:33 Email | Share | | Bookmark
bubur nasi kanak2

 
 
 
View all 4 photos...
actually dpt resepi dari majalah rasa. tgk2 resepi ni sesuai utk izzah makan utk sarapan. cuma dlm gambar ni bubur ni terkurang air jd bubur ni pekat sikit. sebenarnya kena berair sikit..kena berkuah sikit.



bahan2:
1 mangkuk nasi
1 cwn air suam
2 biji bawang putih
1.5 cm halia
ayam atau kentang dipotong dadu (direbus dahulu beberapa minit)
ikan bilis goreng
daun sup
bawang goreng
garam dan lada sulah secukup rasa


cara2:
nasi dan air dimasukkan dalam blender dan blend. blend jgn terlalu hancur jgn terlalu kasar. biar yg sedang2 jer rupanya..

halia dan bawang putih ditumbuk lumat dan tumis hingga naik bau.

masukkan ayam atau kentang atau boleh digunakan kedua-duanya sekali. kacau rata.

kemudian masukkan nasi yg telah diblend dgn air. dlm gambar saya tu terkurang air. jd, kalau terkurang air boleh la ditambah air lagi. airnya boleh diadjust ikut kehendak hati masing2. kalau nak bubur tu pekat, kurangkan air, kalau nak bubur tu berkuah atau berair tambah la air ikut kehendak hati.

masukkan garam dan lada sulah secukup rasa dan bubur dah pun siap.

untuk menghidang, taburkan ikan bilis, daun sup dan bawang goreng utk rasa yg lebih enak.

Care to comment?


Wednesday, 21-Feb-2007 00:07 Email | Share | | Bookmark
brownies

 
 
 
View all 6 photos...
dpt dari internet. mmg sedap..mmg mudah...cuma yang spoilnya saya tak potong kacang2 tu lebih kecil.



bahan2:
bhn diayak: 100g tepung gandum dan 1/4 sudu teh baking powder
100g gula halus
2 bj telur (suhu bilik)
150g coklat bar
100g butter
70g kacang (boleh campur almond, walnut dan lain2 ikut suka) dan potong kecil2

cara2:
1. cairkn coklat dan mentega sekali dlm oven selama lbh krg 2 minit

2. dlm bekas lain, pukul telur dan gula sampai sebati

3. masukkn tepung gandum & baking powder yg telah diayak ke dalam adunan no.2 dan kacau dgn senduk sampai semua tepung rata.

4. masukkn coklat+mentega yg dicairkn td dan kacau.

5. bila coklat sudah rata, masukkn pula kacang dan gaul lagi.

6. alaskan loyang dengan kertas minyak (saya guna A4 paper jer), tuangkan adunan tadi dan ratakn.

7. bakar dlm oven pd suhu 170C selama 20 minit. Bila dh betul2 masak, biarkn sejuk( dlm bilik) baru keluarkn dr bekas. Potong bentuk 4 segi panjang

8. untuk hiasan, saya cairkan cooking coklat lepas tu pipekan kat atas brownies.

wahhh .rajin masak skg
Wed 21-Feb-2007 01:49
Posted by:akmal barizah aka adeqma barizah@yahoo.com
dah cuba resepi u nie..cedap
Fri 9-Mar-2007 01:19
Posted by:ida  - [Link]
Add comment


Thursday, 15-Feb-2007 23:29 Email | Share | | Bookmark
karamel mudah

 
 
 
View all 5 photos...
resepi ni mak zuha yg ajar. dia la yang memperkenalkan resepi ni kat aku. masa tu bulan posa. kalau nak beli karamel ni masa bulan posa mmg mahal. ada yg sampai satu potong karamel dia jual RM2. baik aku buat sendiri. berpotong-potong aku boleh dpt. tp kali ni aku buat, aku masukkan dalam puding cup kecik2. senang nak kasi kat orang.

Bahan2:
7 biji telur (medium saiz)
3/4 cawan gula halus
1 tin @ 350g susu cair (saya guna susu cair ideal)
1 penutup botol essen vanila
utk gula hangus: 2 cawan gula halus + 1/2 cawan air
puding cup secukupnya

cara2:
1. susu cair, telur dan gula dipukul hingga semua sebati

2. setelah sebati masukkan essen vanila

3. masak gula hangus iaitu 2 cawan gula + 1/2 cawan air. masa masak kena kacau selalu supaya tidak terlalu hangus.

4. bila gula tadi dah nampak kekuningan atau perang sedikit terus tutup api.

5. masukkan satu sudu gula hangus ke dalam puding cup dan masukkan pula adunan susu cair, telur, gula dan essen vanila td ke atas gula hangus. ulang hingga habis

6. sebelum kukus pastikan air kukusan sudah mendidih. maknanya masa nak mula buat karamel ni dah start panaskan air kukusan tu. kukus adunan td selama 10 minit. bila dah masak, biarkan dia suhu bilik dulu baru masukkan ke dalam peti ais utk rasa lebih sedap.

7. kalau tak der puding cup, guna loyang pun boleh. masukkan dahulu gula hangus tu..pastu baru masukkan adunan puding tu. bila dah siap kukus, terbalikkan ke atas pinggan. sama gak karamel yg dalam gambar saya ni. saya terbalikkan ke dalam mangkuk kecik. so, lawa jer dia punya permukaan.

menarik & simple....
nak buat gak hari nie..sbb bahan2nya amat la senang...
Fri 16-Feb-2007 00:19
Posted by:~ibu shasya~ nurlelam@digi.com.my  - [Link]
akak copy recipe ni ek ... teringin lak nak buatnya, tengok gambar tu nyum nyum
Wed 21-Feb-2007 00:53
Posted by:yangmazni  - [Link]
ibu shasha: buat jgn tak buat. mmg senang nak buat.

yangmazni: mmg rasanya pun nyum nyum
Wed 21-Feb-2007 02:26
Posted by:ratnamurniwati  - [Link]
Add comment


Thursday, 8-Feb-2007 05:47 Email | Share | | Bookmark
easy sardine roll

 
easy sardine roll
sardine roll ni mak yang ajar. dulu masa sekolah rajin gak dia buat. pastu bila aku dah bekerja ni, aku lak rajin buat utk bawak ke opis.



Bahan-bahan ( 6 orang )1 buku roti gardenia
1 tin kecil sardine
2 biji limau nipis
1 biji bawang merah saiz sederhana (dipotong dadu kecil2)
2 biji cili api di hiris nipis2
1 biji kuning telur
3 biji telur (dipukul dadar)
secubit garam

cara2:
1. sardine dihancurkan dlm mangkuk dengan melenyekkannya dengan garfu. biar betul2 hancur

2. masukkan bawang, cili api dan garam ke dalam sardin yg telah dilenyek td. kacau hingga sebati.

3. perahkan limau nipis ke dalam adunan td supaya tidak terlalu hanyir. kacau hingga sebati.

4. perapkan seketika. kalau nak buat sarapan pagi, buat la mlm sebelumnya dan perap hingga pagi.

5. ambil roti gardenia dan lenyekkan tepi kulit roti tu.

6. letakkan sedikit sardine td dan gulung. untuk roti tidak terbukak, sapukan kuning telur di hujung gulungan roti untuk melekatkannya.

7. ambil roti yg telah digulung, celup dlm telur dadar dan goreng. pakai kuali leper dan letak minyak byk. setelah selesai goreng, biarkan sejuk seketika dan kemudian bolehlah potong kecil2 seperti di dalam gambar.

Care to comment?


Wednesday, 7-Feb-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
donut

 
 
 
View all 4 photos...
first attempt of donut. almaklum ler...baru beli penerap donut. tp yg ni kena baiki sikit lagi for the next trial.

Bahan2:
200g tepung
1sb baking powder(BP)
30g mentega-suhu bilik
20g gula
sedikit garam
1 biji telur
1/4 cawan susu cair

cara2:
1. Pukul mentega dan gula sehingga putih. Kemudian masukkan garam

2. Dalam mangkuk lain, campurkan telur dgn susu dan kacau.

3. Masukkan 1/3 susu+telur tadi ke dalam mangkuk mentega. Kacau. Kemudian masukkan lagi 1/3. kacau. Ulang sampai habis.

4. Ayak tepung dan BP. Campurkan ke dalam adunan tadi. Gaul sebati.

5. Canaikan ke atas dulang pencanai setebal 1cm. Terapkan dengan acuan donut. Adunan ni lembik sikit. Jangan tambah air. Masa nak canai tu kena tabur dulu sedikit tepung supaya tak melekat.

6. Goreng sehingga perang. Sambil tu kacau balik sekali sekala

7. setelah tu boleh ler nak hiaskan mcm mana. saya cairkan cooking coklat dan celupkan ke dlmnya.

Care to comment?


Wednesday, 31-Jan-2007 07:11 Email | Share | | Bookmark
puding pelangi

 
dah lama rasanya tak update fp ni. bz sikit. tp puding ni dah lama buat. dlm 2 minggu lepas gak ler...

Bahan-bahan ( 5-6 orang )
10g serbuk agar2
650ml air
200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok kut)
60gm mentega
1 biji telur
½ tin susu cair
1 sudu makan tepung custard
1 sudu makan serbuk koko
1/2 sudu teh vanilla
pewarna merah dan kuning secukupnya (kalo nk kaler2 lain pun orait gak)


Cara-cara:
1. Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan

2. Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis

3. Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.

4. Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.

5. Sengetkan loyang sedikit. biar satu hujung tu tinggi (lapik/alaskan dgn apa2 utk tinggikan).

6. Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang/bekas (dihujung yg paling rendah tu ler), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.

7. Bila dah siap, letakkan semula loyang/bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk

Sedap menyelerakan....mama ni dah lama tertangguh nak buat puding...ntah bila la nak jadinya! Hehehe....
Wed 31-Jan-2007 07:50
Posted by:MamaFaMi  - [Link]
Add comment


Monday, 15-Jan-2007 02:15 Email | Share | | Bookmark
pillbury steamed cake

 
 
 
View all 5 photos...
dpt resepi ni dari kotak tepung pancake pillbury.



Bahan2:
250 gm tepung pancake pillbury
1 bj telur
120 ml air
30 ml butter cair
1 sudu kecil gula
1/2 sudu kecil baking powder

cara2:
1. tepung pillbury, gula dan baking powder disatukan.
2. masukkan telur ke dalam adunan no. 1 dan kacau hingga berbintil-bintil
3. masukkan air sedikit demi sedikit dan kacau
4. masukkan butter cair sedikit demi sedikit dan teruskan kacau.
5. masukkan ke dlm muffin cup dan kukus selama 10 minit. air kukusan harus mendidih dahulu sebelum mengukus. jgn terlalu lama mengukus kerana ia boleh menyebabkan muffin cup tu terkoyak sbb cake ni mengembang.
6. bila dah masak, hiaslah mengikut kesukaan hati. saya ayakkan milo di atas cake ni. boleh juga disiram madu di atasnya atau coklat

ratna, kak mimi suka la ratnanyer fp yang ni. best sebab macam2 kak mimi boleh belajar masak. heehehh , maklum ler bukannyer tereer sangat pon.

ratna ni memang minat masak ker? menjadi jer tengok makanan2 tu. pasni kena belajar la.. tapi nak kena beli oven dulu, tu yang leceh tu.. mahal tak oven ek?
Mon 15-Jan-2007 05:24
Posted by:mamafarhan  - [Link]
kak mi....ratna pun bukannya terer sgt. minat masak tu mmg minat...tp kena byk belajar. oven tu ada yg murah tp kecik. dlm RM 100++ boleh dpt dah. ratna guna yg kecik jer sbb bukannya terer lagi pun. bila dah terer baru beli yg besar. he he he he...
Mon 15-Jan-2007 07:07
Posted by:ratnamurniwati  - [Link]
Add comment


Monday, 15-Jan-2007 01:48 Email | Share | | Bookmark
mee kari

 
 
mee kari..mak yg ajar buat mee kari. aku tambah2 dia punya perencah jadi byk.



Bahan-Bahan:

Untuk Kari:
Ayam dipotong kecik2
Bawang merah dihiris
Bawang putih dihiris
Serai
Serbuk kari ayam babas
Daun kari
Santan
Garam
Tahu kering
air
udang kering (ditumbuk)

Perencah mee:
Fish cake (direbus)
Sawi (dicelur)
kerang (direbus)
Limau nipis

Cara2:
Tumis bawang merah dan bawang putih hingga layu dan kekuningan. Setelah kekuningan masukkan udang kering dan seterusnya rempah kari yg telah dicampur air. Tumis hingga naik minyak dan terus masukkan serai, ayam dan daun kari. Kacau hingga sebati dan pecah minyak. Setelah sebati masukkan santan dan air. Kacau hingga sebati dan masukkan garam secukup rasa. Akhir sekali masukkan tahu kering yg telah dipotong2 kecil.[b]

Care to comment?


[<<  <  [1]  2  3  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.